Certification:
TENTANG KAMI
Sterling Circle Sdn. Bhd. merupakan syarikat penapisan air terkemuka di Malaysia. Ia telah beroperasi selama 25 tahun dan merupakan syarikat satu-perhentian (one-stop corporation) yang mengintegrasikan pelbagai aspek dengan teknologi terkini, pengetahuan, pendidikan, latihan, rangkaian perniagaan dan peluang perniagaan dalam industri air.

Pengasasnya, En. Johnny Huan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran, latihan dan merupakan perunding bagi industri air ini. Beliau telah memperkenalkan produk penapis airnya di Singapura, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Indonesia dan berjaya melantik pengedar di pelbagai negara. Di Malaysia, beliau mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk berkongsi kepakaran dan sedia berkhidmat untuk semua pengedar di serata dunia.

Sebagai ahli Pertubuhan Kualiti Air di Amerika sejak 1988, beliau berpeluang untuk berkerjasama dengan pakar air yang terkenal dari seluruh dunia dalam rekaan yang inovatif, penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan kualiti air. Akhirnya, mereka telah mengintegrasikan satu kejayaan revolusi di dalam teknologi penapisan air untuk merangsangkan permintaan yang lebih tinggi terhadap kualiti air yang lebih baik dari sebelumnya. Sistem air Wonderland Energy ORP Converter ini dengan benar merupakan sistem Nano Teknologi air yang terkini pada abad ke-21, dimana ia berupaya menghasilkan kualiti air yang terbaik untuk kesihatan yang lebih baik. Sistem Air Wonderland Energy ORP Converter mengaplikasikan teknologi terbaik daripada pelbagai negara seperti Korea, Jepun, England dan Amerika. Ia amat berkesan dalam penyingkiran bakteria yang berbahaya, bedasing, klorin, Trihalomethanes ( THMs ), logam berat dan bau daripada air.

 
Copyright © 2011 Sterling Circle Sdn. Bhd.